Kami kongsikan semula itinerari dan bajet untuk trip 6H5M oleh Zaihan Zakaria dari perkongsian beliau dan rakan-rakan di facebook. Mungkin boleh membantu anda yang plan nak buat trip ke Sabah lepas ni.

Hi! Walaupun dah ramai yang share itinerary to Kota Kinabalu and Kundasang kita tetap nak share jugak bagi memeriahkan suasana. Semoga share ni berguna untuk semorang di dunia 😆

Trip kitorg spend 6 hari 5 mlm sbb takde sbb, mmg saja nak duduk Sabah lama2 😅 Sejujurnya korang boleh habiskan trip ni dalam 4 hari 3 malam jurrr tanpa rushing.

—————–

DAY 1: KOTA KINABALU

Sampai KK pukul 9.00 malam, terus pickup kereta sewa kat airport. Kereta sewa ni book awal dekat Al-Kahfi rental car. RM100/sehari untuk kereta Proton Irisz auto.

Lepas pickup kereta, kitorg pegi makan kat Anjung Senja. Sebab semua tengah lapar boleh bawak berbunuhan, niat nak makan light2 terus termakan mcm tahun baru cina punya sambutan. Akak tu bagi medium size meals, banyak sgt sampai kena tapau. Total rm95 utk 4 org mlm tu 😂. Tapi makanan alhamdulillah sedap and very reccomended. So korg klu kat KK nak senang pegi je Anjung Senja and makan kat gerai Selera Laksamana tp klu group kecik mintak small portion je sudehhh. And utk trip ni memang semua dah janji taknak berkira bab makan 😂. Lepas makan kitorg terus check in Hotel Iskandar kat area Pasar Malam Kg Air tak silap, depan maybank. Okay la untuk tidur 1 mlm je sebelum ke Kundasang esok pagi.

——————

DAY 2: KUNDASANG

Seawal 7 pagi kitorg dah check out and breakfast kat mamak bawah hotel. Plan asal nak pegi Mari Mari Cultural Village tapi tak jadi so kitorg decide utk pegi Kota Kinabalu Wetland Centre. Tempat ni bukak jam 8 pagi, 7.55 pg kitorg dah sampai 😅. Tempat ni merupakan kawasan hutan simpan paya bakau gitu la and habitat utk beberapa haiwan yg kakak tak mampu ingat namanya. Yang ingat ada haiwan nama “pop shrimp” kot sbb sepanjang trail boleh dengar benda ni bunyi meletup2 😂. Dalam ni sangat redup sbb banyak pokok. Best dtg pagi2 utk morning walk and utk bergambar kenangan sebab takde orang pun masa kitorg dtg 👏🏼. Dlm ni jugak ada bird watching place. Tp depends on kerajinan burung2 tu memunculkan diri kat situ. Masa kitorg dtg pagi tu ada burung putih2 mcm bangau (atau mmg bangau?) je kat situ 😌. Otw naik atas ni korg boleh singgah Signal Hill Observatory Platform, boleh nampak satu pekan KK.

Dah puas bergambar kitorg pun gerak ke point seterusnya before sampai Kundasang which is Rumah Terbalik. My suggestion, just skip this place and pergi la ke Chanteek Borneo Gallery. Lg berbaloi. Tp sbb kitorg dah termasuk ke Rumah Terbalik, tiada makna utk berpatah balik 😌 Kenapa Chanteek Gallery lagi berbaloi adalah kerana dgn bayaran dalam rm25 korg dpt try baju2 kaum kat Sabah, belajar buat kraf tangan dorg and ada tour jgk dlm tu. kitorg just singgah kat luar je tanya2 receptionist dia 😅

Perjalanan ke Kundasang macam lama and lama jugak la perut kitorg nak jumpa nasi ☹️ Sampai Pekan Nabalu nampak In Sya Allah cafe tepi jalan belah kiri terus singgah and order makanan panas. Boleh la singgah sini sbb makanan boleh tahan and tiada keraguan for Muslim 👍🏼

Dah makan kitorg sambung journey to Memorial War Kundasang, tangkap2 gambar, baca2 sejarah dia then terus check in kat J Residence. Highly reccomended sbb view cantik namati from room 5A or 5B 😭Cumanya klu nak mandi tadah air panas dlm shower tu awal2 sbb water pressure dia low sikit and air kat Kundasang ni boleh buat kebas satu badan sejuk dia 😂 Kundasang sangat sejuk, bilik ni tak ada aircond pun tidur kena berselubung 😂

Lewat petang kitorg keluar balik jalan2 kat pasar area roundabout kobis tu and bergambar depan view Gunung Kinabalu depan entrance Memorial War Kundasang tadi. One of the best spot for photography :’)

——————

DAY 3: KUNDASANG

Desa Cattle on day 3 yeay! Awal2 pagi nak pegi mana pun pegi la tapi tolong la breakfast dulu okay. Korg guna banyak energy masa travel so 3 ke 4 jam sekali sediakan la energy bar ke sayap ayam ke apa2 je lah janji tak kelaparan. Sbb kelaparan akan membuatkan emosi merudum 😂Pagi2 kat sini biasa kitorg breakfast kat kedai makan Hasanah. As expected, quite mahal utk breakfast tapi kitorg faham kawasan tourism macam mana maka semua org redha janji perut kenyang.

Sepanjang perjalanan nak ke DC korg akan disajikan dgn pemandangan kegagahan sebuah Gunung Kinabalu. Masya Allah, menitis air mata jantan kakak2 semua2 😂 Kat mana je la area Kundasang ni korang tak boleh nampak Gunung Kinabalu ni. Betapa besarnya Allah cipta Gunung Kinabalu ni utk bagitau kita besarnya kuasa Dia :’)
Kat sini angin kuatnya. Secure la tudung2 sistur semua semoga tak terflip.

Lepas Desa Cattle, kitorg pegi Kinabalu Park and Timpohon Gate. Kat Timpohon Gate banyak tupai jinak2 mcm kucing siap boleh dtg kat tapak tangan korg lg 😹

Then terussss naik ke Ranau utk ke Ladang Teh Sabah and Luanti Fish Spa. Ikan kat sini besar2 sampai taktau nak ckp dia gigit manja2 ke dia makan kaki korg sampai kenyang sbb kwn kitorang (Naurah M Ishak) bukan nama sbnr sampai menangis 😹Actually klu nak skip Ladang Teh Sabah pun ok je tp dah alang2 kitorg nak ke Fish Spa singgah la sini dulu sebab one way. Kitorg skip Poring Hot Spring sbb malas nak masuk mandi2 ke apa. Nak singgah Arnab Village tp tak sempat sbb lama sgt take time kat Desa Cattle pagi td 😂

—————–

DAY 4: SOSODIKON HILL- A walk to remember

Check out from J Residence. Pagi2 jam 7 mcm biasa kena breakfast dulu. Lepas breakfast kitorg terus ke Sosodikon Hill atau Pyramid Hill. Percaya lah, view dari sini memang terbaik. Tak tinggi pun hillnya. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Tolong la, tolong la naik atas ni. Kat atas ni korg akan nampak Gunung Kinabalu belakang korg, bukit2 kecil bentuk pyramid mcm dalam kartun Teletubbies depan korg, and keliling korg penuh dengan warna hijau. Tak hilang2 rasa kagum tengok Gunung Kinabalu ni 😭 Pakai la kasut yg bersesuaian okay. Sbb takut tergelincir😂

Lepas tu kitorg terus ke KK balik. Otw ke KK kitorg singgah Jambatan Tamparuli di kala panas terik. Klu singgah time panas terik jgn gurau kasar dgn member, kang ad yg kena humban dlm sungai bawah tu. Hanyut kau nanti bha 😂

Sampai KK check in dekat Promenade Service Apartment. Very spacious utk kitorg berempat. Cuma leceh bab parking 😌 Lepas rehat malam tu aktiviti mencari souvenir dekat Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipino, and makan dekat gerai Hj Manja sbb nampak ramai review suruh pegi gerai ni ⭐️

—————–

DAY 5: TIP OF BORNEO, KUDAT

Tips : Gerak seawal yg boleh utk ke sini sbb perjalanan dari KK ambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit dan elakkan sampai waktu tengahari sangat2. Pantai kat sini cantik, air biru jernih, view mcm kat Bali 😭. Nak je berlari2 di persisiran pantai dan mandi manda tp kitorg sampai dh tengahari terlampau panas nak berlari 😂 Tip of Borneo ni juga dikenali sebagai Tanduk Negeri Sabah. Dlm peta Sabah kalau perasan dekat hujung peta ad bentuk mcm kepala anjing kan? Itu lah batu paling hujung yang ad kat sini. Mmg jauh tempat ni tp dah alang2 sampai ke KK apa kata luangkan masa ke mari. Percaya lah, berterabur air mata korg tengok pemandangan dia 😭

Balik dari TOB kitorg decide singgah ke Rumah Panjang Rungus. Saja je singgah sebab dah satu jalan. Bayaran rm3. Dlm ni ad jual hasil kraf tangan penduduk situ. Boleh la korg beli dan anggap je tu sedikit sumbangan utk dorg 🙂

Sampai KK niat nak cari ABC Gunung Kinabalu tp tak jumpa 😭 Masa kitorg lalu area Tg Aru Perdana Park tu jln terlampau jammed sampai kitorg decide nak makan kat Anjung Senja je. Senang dan Pantas 😌

—————–

DAY 6: ISLAND HOPPING- Manukan and Mamutik

Mesti korg yg membaca macam “dorg ni bertapa sudah ka di Sabah ni nda pulang2 lagi” 😂 okay last day baru kitorg pegi island hopping bersebab tau. Sbb flight kitorg malam and delay sampai jam 11.10 mlm 😭 lagi satu sbb klu pegi island hopping awal2 nnt muka burn and dlm gambar seterusnya pun muka burn sampai tiada mekap yg mampu mengindahkan rupa. Lol perempuan punya overthinking is amazing 😂Lepas check out dari Promenade Service Apartment and tggl luggage semua kat luggage room dorg kitorg ambik grab ke Jeselton point (kereta sewa dah return malam td).

Masa kat pulau dua orang je try parasailing. Dapat harga rm55 sorang utk 15 minit. Balik dari pulau kitorg tukar baju kat tandas belakang gelanggang futsal kat jeselton point tu. situ ad shower. Tolong jgn berak time ramai org dlm toilet tu klu blh. Sebab sama2 share bau kang. Klu blh la. Klu tak blh nak buat cemana 😂

Sementara tggu flight malam kitorg makan KFC je kat dalam Suria Sabah sbb cam dah tak mampu menerima seafood 😂 Then ambik grab again ke Pasar Filipin buat kali terakhir utk cari souvenir. Pastu boleh jalan kaki je ke Promenade Service Apartment sbb dekat je. Selesai ambik luggage kitorg call grab utk pickup ke KKIA. End of our trip!

Tips Dari Kakak :
🌈 Dalam kereta sentiasa sediakan energy bar or apa2 makanan and mineral water and 100 plus. Sebab jarak antara satu point ke satu point kdg2 jauh and nak jumpa stesen minyak pun susah di sesetengah kawasan. Makesure badan cukup air dan tenaga okay.
🌈 Ada sesetengah tempat korg boleh je skip.Ikut minat korg utk pergi ke mana. Jangan ikut org punya gambar dimana bila ke KK 😂
🌈 Prepare money for food sbb makanan sedap2. Kat Kundasang ada sayap ayam madu depan tandas awam warna kuning kat bawah Memorial War Kundasang tu. Sos dia pedas tapi sedap sampai menjejes2 air liur 😂
🌈 Kalau nak gambar cantik tak salah korg plan theme utk pakai sepanjang trip korg. Utk kenangan 😉
🌈 Kalau makan kat Anjung Senja boleh try Selera Laksamana. Service cepat and sedap.
🌈 Tripod is a MUST!
🌈 Sunblock is a MUST!
🌈 Siapkan dua sampul utk Car Expenses and Food Expenses supaya belanjawan menjadi lebih mudah.
🌈 Bawak game simple utk hiburkan hati di waktu malam sbb malam2 kat Kundasang mcm takde sgt dh aktiviti korg. Kitorg bawak jenga and main mendalah ni je setiap malam sambil minum milo panas and maggi cup atau sambil menikmati sayap ayam. Masa kat KK last night baru kitorg main bean boozled challenge. Loya 2 hari kejap 😂

Bajet dari Kakak and the group:
🌈 Kitorg lantik sorang bendahari utk setelkan segala pembayaran sepanjang trip. Sorang rm 250 untuk makan sepanjang 6 hari 5 malam and termasuk entrance fee kemana2 and termasuk utk byr tambang grab car. Makan ni bukan makan kat kedai makan je tau. Segala mak nenek makanan dlm kereta ke apa ke semua kitorg guna rm250 sorg ni. So dalam hal ni sorg je yg akan buat bayaran setiap kali pun. Tp tak termasuk fee island hopping and parasailing.
🌈 Island Hopping dua pulau sekali peralatan snorkelling – RM 45
🌈 Hotel – RM 137 per pax for 6 days 5 nights
🌈 Car Expenses – RM 150 per pax for 4 days termasuk minyak
🌈 Flight ticket return – RM 150 per head beli bulan Januari 😳
🌈 Luggage – Lebih kurang RM 20 per head kot
🌈 Souvenir – Terpulang kepada diri masing2.

Total expenses : RM 750 all in (tak termasuk parasailing and souvenir sahaja).

 

 

Itinerary dan post ini diulang siar dari Facebook Zaihan Zakaria dari entry berikut dengan izin.

Entry asal : http://bit.ly/2lQ7MRp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *